Tuduhan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia Tidak Berasas

Peningkatan jangkitan wabak Covid-19 di negara ini harus dipandang serius maka dengan itu, suatu kaedah penyelesaian bagi mengekang penularan Covid-19 berlanjutan perlu ditangani bersama oleh Parti kerajaan dan pembangkang demi memastikan keselamatan rakyat terjamin agar mereka dapat meneruskan aktiviti-aktiviti harian dalam norma baharu ini.

Sepertimana kenyataan Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman nyatakan bahawa “kenyataan Nazir melampaui batas dan menunjukkan kedangkalan pemikiran serta bodoh sombong kerana tidak melihat darimana punca sebenar pergolakan politik Sabah”.

https://www.sinarharian.com.my/article/104130/BERITA/Politik/Pas-sifatkan-Shafie-rakus-Anwar-kamikaze?ref=rss&format=simple&link=link

Sikap tamak yang menguasai Tan Sri Musa Aman merupakan salah satu punca pergolakan politik di Sabah setelah 46 kes tuduhan rasuah yang sedang beliau hadapi digugurkan. Ekoran daripada itu, Tan Sri Musa Aman merancang untuk mengulingkan kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

https://www.sinarharian.com.my/article/104286/BERITA/Politik/Warisan-sangkal-dakwaan-Shafie-Apdal-rakus-kekal-kuasa?ref=rss&format=simple&link=link

Datuk Lokman Noor Adam orang kanan Datuk Seri Najib Razak juga membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bertanggungjawab apabila kes Covid 19 meningkat.

“Tindakan mereka berdua mahu merampas kerajaan negeri Sabah lah menyebabkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon Yang Dipertuan Negeri Sabah membubarkan Dewan Negeri Sabah”. Kenyataannya juga.

Rampas kerajaan Sabah punca Covid naik,Muhyiddin kena tanggungjawab

Sementara itu,  Naib Ketua Wira WARISAN, Terence Au menyelar kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia Nazir Helmie, menganggap kenyataan beliau adalah sama sekali tidak berasas.

Terence Au

Katanya,  disebabkan kenyataan Nazir Helmie itu juga mampu memperlihatkan pemikirannya yang cetek dan inginkan publisiti murahan.

“Ingin saya nyatakan disini, jangan buat sembarang kenyataan dan hanya tahu kerja mengipas sahaja”. Ujarnya juga.

Serahkan Kepada Pihak Berkuasa!

Kita mengambil maklum berkaitan isu yang viral sejak hari semalam yang melibatkan seorang pimpinan kita yang terbabit dalam isu pengambilan dan penyalahgunaan dadah dan telah dicekup oleh pihak polis berhampiran daerah Kota belud pada hari semalam.

M.Haslan Rahi, selaku Setiausaha Wira Warisan Sabah berkata, “Kita sedar dan tahu bahawa setiap manusia ini tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun begitu, sebagai keluarga besar diperingkat Wira Warisan Sabah ini, kami akan tetap memberi sokongan moral kepada beliau dan tidak akan membiarkan beliau keseorangan apatah lagi memberi khidmat nasihat untuk menguatkan semangat kepada rakan kita. Kita akan serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara telus tanpa sebarang isu politik.”

Diperingkat pimpinan sayap parti ini kami akur jika ianya bersalah dan disabitkan kesalahan serta diambil tindakan mengikut kesalahan yang beliau lakukan.

Umum mengetahui bahawa tidak ada sesiapapun yang kebal daripada tindakan undang-undang negara. Justeru, dengan kejadian seumpama ini harapan kita adalah agar beliau menginsafi mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau sehinggakan memburukkan nama baik beliau sendiri.

M.Haslan Rahi

KEPUTUSAN YANG TEPAT UNTUK RAKYAT SABAH

Pengumuman keputusan kerajaan Negeri Sabah untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula pada 4 mei seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di peringkat persekutuan pada 1 mei lalu sempena perutusan Hari Pekerja.

Pendirian ini diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bagi mengekalkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahap 4 yang akan berakhir pada 12 mei dalam usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri Sabah.

Sabah Tidak Akan Laksana PKPB Yang Bermula Esok

Terence Au, Naib Ketua Wira Warisan Negeri menyokong keputusan yang diumumkan oleh kerajaan negeri.
“Saya yakin dan percaya segala perancangan dan keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri telah diambil kira demi kesejahteraan bersama rakyat negeri Sabah disamping memastikan sektor pembangunan ekonomi dalam negeri akan terus berkembang walaupun semasa mengharungi pandemik ini’

Kita perlu menerima dan membiasakan diri dengan keadaan ‘normal baharu’ dalam kehidupan harian agar sentiasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan hand-sanitizer ,melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka sekiranya perlu keluar rumah.

Terence Au, Naib Ketua Wira Pusat

Waspada Kandungan Maklumat Di Media Sosial.

Penggunaan telefon pintar ( Smart Phone ) merupakan trend gaya hidup dikalangan remaja mahupun anak muda pada masa kini.

Penggunaan media sosial ketika ini mampu menyampaikan info maklumat dengan pantas tanpa sempadan. Ia turut mampu dijadikan sebagai medan perhubungan kepada sesiapa sahaja yang berada jauh mahupun dekat.

Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube,Telegram dan juga WhatsApp sering digunakan untuk penyebaran maklumat atau lontaran pendapat terhadap isu-isu semasa di kalangan masyarakat.

Whatsapp adalah satu aplikasi yang ‘Wajib’ digunakan oleh setiap pemilik telefon pintar. Penggunaan Whatsapp merupakan cara paling jimat dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara menghantar mesej, audio, video,gambar dan sebagainya.

Penyebaran kandungan maklumat melalui Media sosial mampu memberikan implikasi positif dan negatif terhadap interaksi sosial di kalangan masyarakat.

M. Haslan Rahi

M.Haslan Rahi , Setiausaha Wira Warisan Sabah juga Ketua Wira Warisan Semporna menyarankan kepada seluruh anak-anak muda Sabah agar tidak mudah terperdaya dengan kandungan maklumat yang tidak sahih di media sosial . Contoh jelas yang mana kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Parti Warisan Sabah telah memberi bantuan yang terbaik untuk rakyat Sabah. Contoh link dibawah.

Seramai 122 Pelajar Tajaan Yayasan Sabah Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Penerima Bantuan Tinggal Dipelusuk Kampung & Daerah Terpencil Akan Terus Dijejaki

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/669635/sabah-agih-bantuan-khas-rm500

Pihak yang tidak bertanggungjawab juga turut tidak ketinggalan dengan mengeluarkan bermacam-macam cara seperti hasutan dan memutar-belitkan cerita.

Penghinaan dalam facebook

“Selaku anak muda, kita kena bijak menilai dan mengkaji sesuatu fakta mahupun maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian agar dapat memastikan kesahihan. Amalkan konsep kawalan kendiri bagi mengelak penyalahgunaan media sosial agar dapat mengatasi penyebaran berita atau maklumat palsu. Gunakan kebijaksanaan anda ketika menggunakan telefon pintar” Katanya juga.

Dalam masa yang sama, beliau turut membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

LUPUSKAN FAEDAH PINJAMAN SEPANJANG MORATORIUM .

Diawal pengumuman Moratorium yang diperkenalkan Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 membuatkan seluruh rakyat Malaysia lega dan dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka seketika dalam melalui fasa PKP.

Ada yang mampu menguruskan pembayaran rumah Sewa yang tertunggak, ada juga yang mampu menyimpan sedikit wang dalam tempoh 6 bulan moratorium yang dilaksana oleh pihak bank.

Sebaliknya Moratorium yang dinyatakan dahulu telah bertukar peraturan dimana pihak bank akan mengenakan faedah kepada semua peminjam sepanjang tempoh moratorium dilaksanakan.

Terence Au juga Naib Ketua Wira Warisan Sabah menyatakan bahawa, langkah Bank mahupun institusi kewangan ini tidak bersesuaian. “Saya bukan membantah pihak institusi kewangan mahupun bank- bank menyatakan tentang pembayaran faedah, akan tetapi, ia telahpun dipersetujui dari awalnya dimana peminjam / sewa beli tidak perlu bayar selama 6 bulan (April-September 2020). Bila mana keputusan telah dibuat, laksanakan terus. Usah membuat keputusan secara berubah-ubah”.

Terence Au , Naib Ketua Wira Pusat

Mengulas kenyataan Mohd Aizuddin Arrifin juga Timbalan Ketua AMK Kedah melalui Sinar Harian, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan harus melihat dari perspektif situasi luar Kawalan yang membolehkan faedah dikecualikan kepada peminjam. Mengenakan faedah pada keadaan yang tidak disangka adalah satu langkah yang tidak adil dan menzalimi peminjam. Beliau juga kesal dengan kenyataan Bank Negara Malaysia berkaitan institusi perbankan dalam proses pemformalan perjanjian dengan peminjam.

[Berita Malaysia App] Sinar Harian: Kecualikan faedah pinjaman elak bebankan rakyat: AMK
https://www.sinarharian.com.my/article/81548/BERITA/Nasional/Kecualikan-faedah-pinjaman-elak-bebankan-rakyat-AMK?ref=rss&format=simple&link=link

Pendapat saudara Mohd Aizuddin Arrifin memang benar, dan tidak dinafikan bahawa rakyat diluar sana juga sudah keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

“Saya sarankan agar pihak institusi kewangan hapuskan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman sepanjang tempoh 6 bulan moratorium” ujarnya juga.

#stayathome
#stayhappy
#don’tstress

Gesaan Agar Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

COVID-19 telah diistiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kita sedia maklum bahawa Covid-19 telah menyebabkan kemudaratan terhadap negara kita. Sehubungan itu,Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu bagi tujuan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Sepanjang PKP dilaksanakan didapati ramai yang ingkar kepada arahan PKP. Terdapat individu bergaduh dengan pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya dilakukan malahan ada yang berani menganjurkan pesta peribadi. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar dengan melakukan tangkapan bukan sahaja itu malah ada yang telah didakwa di mahkamah.

Menurut laporan JP-Morgan bahawa peningkatan mencecah 6000 kes positif Covid-19 akan berlaku pada pertengahan April depan walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencuba sebaik mungkin agar tidak berlaku peningkatan seperti yang dilaporkan oleh JP-Morgan.

Biar kita ambil contoh Negara Amerika Syarikat bermula dengan angka 1465 kes positif pada 12 Mac seterusnya naik mendadak melebihi 100 ribu kes positif sehingga hari ini.

sekiranya masih ramai yang ingkar dan tidak mengikuti arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang PKP dilaksanakan, keberangkalian peningkatan angka jangkitan akan tinggi dan ini akan menyukarkan lagi usaha KKM untuk membendung penularan. Lanjutan daripada itu tempoh PKP mungkin terpaksa dilanjutkan lagi.

Terence Au, Naib Ketua Wira Warisan Negeri Sabah, menggesa rakyat Malaysia walau dimanapun berada agar meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan hand-sanitiser,melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka jika perlu mendapatkan bekalan makanan di pasaraya dan juga sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.

Kita juga maklum Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat prihatin serta memahami masalah yang dihadapi melibatkan kepentingan rakyat pada ketika ini dengan membantu rakyat menerusi pakej ransangan ekonomi.

“Saya sedar bahawa para barisan hadapan bertungkus-lumus bekerja ketika ini. Doktor, Jururawat, Polis , Askar ,Rela serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan kepada mereka yang masih bertugas di lapangan terbang mahupun yang bekerja sebagai penghantaran makanan setiap hari, anda semua adalah terbaik.”

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersama-sama pasti boleh mengharungi situasi ini dengan laksanakan tanggungjawab memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dan “Stay at Home”.

People to Obey the Movement Control Order (MCO)

Covid-19 has been declared a pandemic by the World Health Organization (WHO). This pandemic has harmed our country and people in many ways. As a result, the Government has issued a directive of the Movement Control Order (MCO) beginning March 18, 2020 for the purpose of controlling the spread of Covid-19 infections.

Throughout the MCO, many people have disobeyed the MCO instructions. Individuals have been found arguing with authorities during roadblocks, and even daring to organize private parties. Authorities have taken action against such individuals by arresting them and also charging them in court.

According to JP-Morgan, an increase of 6000 Covid-19 positive cases will occur in mid-April. However the Ministry of Health (MOH) is trying its best to prevent such an incident.

Let us take the example of the United States. They started with 1465 positive cases on March 12, and it is rising sharply to more than one hundred thousand positive cases to date.

If many still refuse to obey the instructions issued by the MCO authorities, the chances of increasing the number of infections will be high. This will further complicate the MOH’s efforts to curb the spread. An extension of the MCO may have to be extended.

Terence Au, Wira Warisan Sabah Vice Chief, urges Malaysians everywhere to step up preventive measures such as hand washing with soap and water, using hand-sanitizers, and wearing masks. Aside from making necessary runs to get food supplies and medicines, we must obey the Movement Control Order to stay at home.

The State Government and Federal Government understand the problems faced by our people today. Therefore they are helping people through various economic packages. Hopefully these will lighten the financial burdens of the people.

The frontliners are working hard round the clock right now. Doctors, nurses, police, soldiers, RELA. There are also those who are directly or indirectly involved, too. There are those who are still on duty at the airport, those who deliver food everyday. We thank all these people who work selflessly for us. Let us continually keep them in our thoughts and prayers.

Come on, Malaysians! We can ALL help by taking on the responsibility of stopping the transmission of Covid-19 in our country. All we need to do is STAY AT HOME.