Gesaan Agar Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

COVID-19 telah diistiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kita sedia maklum bahawa Covid-19 telah menyebabkan kemudaratan terhadap negara kita. Sehubungan itu,Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu bagi tujuan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Sepanjang PKP dilaksanakan didapati ramai yang ingkar kepada arahan PKP. Terdapat individu bergaduh dengan pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya dilakukan malahan ada yang berani menganjurkan pesta peribadi. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar dengan melakukan tangkapan bukan sahaja itu malah ada yang telah didakwa di mahkamah.

Menurut laporan JP-Morgan bahawa peningkatan mencecah 6000 kes positif Covid-19 akan berlaku pada pertengahan April depan walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencuba sebaik mungkin agar tidak berlaku peningkatan seperti yang dilaporkan oleh JP-Morgan.

Biar kita ambil contoh Negara Amerika Syarikat bermula dengan angka 1465 kes positif pada 12 Mac seterusnya naik mendadak melebihi 100 ribu kes positif sehingga hari ini.

sekiranya masih ramai yang ingkar dan tidak mengikuti arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang PKP dilaksanakan, keberangkalian peningkatan angka jangkitan akan tinggi dan ini akan menyukarkan lagi usaha KKM untuk membendung penularan. Lanjutan daripada itu tempoh PKP mungkin terpaksa dilanjutkan lagi.

Terence Au, Naib Ketua Wira Warisan Negeri Sabah, menggesa rakyat Malaysia walau dimanapun berada agar meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan hand-sanitiser,melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka jika perlu mendapatkan bekalan makanan di pasaraya dan juga sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.

Kita juga maklum Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat prihatin serta memahami masalah yang dihadapi melibatkan kepentingan rakyat pada ketika ini dengan membantu rakyat menerusi pakej ransangan ekonomi.

“Saya sedar bahawa para barisan hadapan bertungkus-lumus bekerja ketika ini. Doktor, Jururawat, Polis , Askar ,Rela serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan kepada mereka yang masih bertugas di lapangan terbang mahupun yang bekerja sebagai penghantaran makanan setiap hari, anda semua adalah terbaik.”

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersama-sama pasti boleh mengharungi situasi ini dengan laksanakan tanggungjawab memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dan “Stay at Home”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s