” Kepimpinan PKR Suatu Realiti atau Retorik Politik “

Kota Kinabalu: Naib Ketua Wira Warisan , Terence Au menyelar kenyataan Ketua Penerangan PKR Sabah , Razeef Rakiman yang menyuarakan bahawa Warisan perlu membuat perubahan dalam kepimpinan parti.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/14/tukar-kepimpinan-warisan-atau-gagal-pada-pru15-kata-pkr-sabah/

Sedar atau tidak , pemikiran dan tindakan Razeef menampakan kebodohan diri beliau. Beliau ( Razeef ) seharusnya duduk semeja dengan partinya (PKR) fikir dimana kekurangan atau kelemahan semasa PRN baru-baru ini yang mana  jumlah kerusi PKR yang ditandingi hanya mampu memenangi 2 kerusi sahaja.

Razeef juga memegah-megahkan bahwa PKR lah yang menyatukan semua kaum mahupun membawa maksud Malaysia sejak PKR ditubuhkan. Dalam kenyataan Razeef juga dapat dilihat bahwa beliau memburuk-burukkan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

” Ingin saya nyatakan disini bahawa, Warisan mempunyai ketetapan pendirian yang teguh. Pemimpin Warisan mampu berfikir dengan bijak untuk menangani segala permasalahan. Tidak perlu mahu ajar cara kepimpinan mahupun corak parti ini bergerak. Seharusnya anda (Razeef) menjaga PKR sebaik mungkin sebelum PKR gugur dimedan perang PRU pada masa akan datang.”

Adalah lebih baik Razeef membuat penilaian kendiri terhadap kepimpinan Presiden PKR sendiri daripada sibuk membuat bising tentang parti lain. Ujarnya juga