KEPUTUSAN YANG TEPAT UNTUK RAKYAT SABAH

Pengumuman keputusan kerajaan Negeri Sabah untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bermula pada 4 mei seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di peringkat persekutuan pada 1 mei lalu sempena perutusan Hari Pekerja.

Pendirian ini diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal bagi mengekalkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahap 4 yang akan berakhir pada 12 mei dalam usaha untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri Sabah.

Sabah Tidak Akan Laksana PKPB Yang Bermula Esok

Terence Au, Naib Ketua Wira Warisan Negeri menyokong keputusan yang diumumkan oleh kerajaan negeri.
“Saya yakin dan percaya segala perancangan dan keputusan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri telah diambil kira demi kesejahteraan bersama rakyat negeri Sabah disamping memastikan sektor pembangunan ekonomi dalam negeri akan terus berkembang walaupun semasa mengharungi pandemik ini’

Kita perlu menerima dan membiasakan diri dengan keadaan ‘normal baharu’ dalam kehidupan harian agar sentiasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan hand-sanitizer ,melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka sekiranya perlu keluar rumah.

Terence Au, Naib Ketua Wira Pusat

Gesaan Agar Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

COVID-19 telah diistiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kita sedia maklum bahawa Covid-19 telah menyebabkan kemudaratan terhadap negara kita. Sehubungan itu,Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu bagi tujuan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Sepanjang PKP dilaksanakan didapati ramai yang ingkar kepada arahan PKP. Terdapat individu bergaduh dengan pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya dilakukan malahan ada yang berani menganjurkan pesta peribadi. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar dengan melakukan tangkapan bukan sahaja itu malah ada yang telah didakwa di mahkamah.

Menurut laporan JP-Morgan bahawa peningkatan mencecah 6000 kes positif Covid-19 akan berlaku pada pertengahan April depan walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencuba sebaik mungkin agar tidak berlaku peningkatan seperti yang dilaporkan oleh JP-Morgan.

Biar kita ambil contoh Negara Amerika Syarikat bermula dengan angka 1465 kes positif pada 12 Mac seterusnya naik mendadak melebihi 100 ribu kes positif sehingga hari ini.

sekiranya masih ramai yang ingkar dan tidak mengikuti arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sepanjang PKP dilaksanakan, keberangkalian peningkatan angka jangkitan akan tinggi dan ini akan menyukarkan lagi usaha KKM untuk membendung penularan. Lanjutan daripada itu tempoh PKP mungkin terpaksa dilanjutkan lagi.

Terence Au, Naib Ketua Wira Warisan Negeri Sabah, menggesa rakyat Malaysia walau dimanapun berada agar meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, menggunakan hand-sanitiser,melakukan penjarakan sosial dan memakai topeng muka jika perlu mendapatkan bekalan makanan di pasaraya dan juga sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.

Kita juga maklum Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat prihatin serta memahami masalah yang dihadapi melibatkan kepentingan rakyat pada ketika ini dengan membantu rakyat menerusi pakej ransangan ekonomi.

“Saya sedar bahawa para barisan hadapan bertungkus-lumus bekerja ketika ini. Doktor, Jururawat, Polis , Askar ,Rela serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan kepada mereka yang masih bertugas di lapangan terbang mahupun yang bekerja sebagai penghantaran makanan setiap hari, anda semua adalah terbaik.”

Ayuh rakyat Malaysia, kita bersama-sama pasti boleh mengharungi situasi ini dengan laksanakan tanggungjawab memutuskan rangkaian penularan Covid-19 dan “Stay at Home”.

People to Obey the Movement Control Order (MCO)

Covid-19 has been declared a pandemic by the World Health Organization (WHO). This pandemic has harmed our country and people in many ways. As a result, the Government has issued a directive of the Movement Control Order (MCO) beginning March 18, 2020 for the purpose of controlling the spread of Covid-19 infections.

Throughout the MCO, many people have disobeyed the MCO instructions. Individuals have been found arguing with authorities during roadblocks, and even daring to organize private parties. Authorities have taken action against such individuals by arresting them and also charging them in court.

According to JP-Morgan, an increase of 6000 Covid-19 positive cases will occur in mid-April. However the Ministry of Health (MOH) is trying its best to prevent such an incident.

Let us take the example of the United States. They started with 1465 positive cases on March 12, and it is rising sharply to more than one hundred thousand positive cases to date.

If many still refuse to obey the instructions issued by the MCO authorities, the chances of increasing the number of infections will be high. This will further complicate the MOH’s efforts to curb the spread. An extension of the MCO may have to be extended.

Terence Au, Wira Warisan Sabah Vice Chief, urges Malaysians everywhere to step up preventive measures such as hand washing with soap and water, using hand-sanitizers, and wearing masks. Aside from making necessary runs to get food supplies and medicines, we must obey the Movement Control Order to stay at home.

The State Government and Federal Government understand the problems faced by our people today. Therefore they are helping people through various economic packages. Hopefully these will lighten the financial burdens of the people.

The frontliners are working hard round the clock right now. Doctors, nurses, police, soldiers, RELA. There are also those who are directly or indirectly involved, too. There are those who are still on duty at the airport, those who deliver food everyday. We thank all these people who work selflessly for us. Let us continually keep them in our thoughts and prayers.

Come on, Malaysians! We can ALL help by taking on the responsibility of stopping the transmission of Covid-19 in our country. All we need to do is STAY AT HOME.