Serahkan Kepada Pihak Berkuasa!

Kita mengambil maklum berkaitan isu yang viral sejak hari semalam yang melibatkan seorang pimpinan kita yang terbabit dalam isu pengambilan dan penyalahgunaan dadah dan telah dicekup oleh pihak polis berhampiran daerah Kota belud pada hari semalam.

M.Haslan Rahi, selaku Setiausaha Wira Warisan Sabah berkata, “Kita sedar dan tahu bahawa setiap manusia ini tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Namun begitu, sebagai keluarga besar diperingkat Wira Warisan Sabah ini, kami akan tetap memberi sokongan moral kepada beliau dan tidak akan membiarkan beliau keseorangan apatah lagi memberi khidmat nasihat untuk menguatkan semangat kepada rakan kita. Kita akan serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara telus tanpa sebarang isu politik.”

Diperingkat pimpinan sayap parti ini kami akur jika ianya bersalah dan disabitkan kesalahan serta diambil tindakan mengikut kesalahan yang beliau lakukan.

Umum mengetahui bahawa tidak ada sesiapapun yang kebal daripada tindakan undang-undang negara. Justeru, dengan kejadian seumpama ini harapan kita adalah agar beliau menginsafi mengenai kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau sehinggakan memburukkan nama baik beliau sendiri.

M.Haslan Rahi