Waspada Kandungan Maklumat Di Media Sosial.

Penggunaan telefon pintar ( Smart Phone ) merupakan trend gaya hidup dikalangan remaja mahupun anak muda pada masa kini.

Penggunaan media sosial ketika ini mampu menyampaikan info maklumat dengan pantas tanpa sempadan. Ia turut mampu dijadikan sebagai medan perhubungan kepada sesiapa sahaja yang berada jauh mahupun dekat.

Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube,Telegram dan juga WhatsApp sering digunakan untuk penyebaran maklumat atau lontaran pendapat terhadap isu-isu semasa di kalangan masyarakat.

Whatsapp adalah satu aplikasi yang ‘Wajib’ digunakan oleh setiap pemilik telefon pintar. Penggunaan Whatsapp merupakan cara paling jimat dan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan cara menghantar mesej, audio, video,gambar dan sebagainya.

Penyebaran kandungan maklumat melalui Media sosial mampu memberikan implikasi positif dan negatif terhadap interaksi sosial di kalangan masyarakat.

M. Haslan Rahi

M.Haslan Rahi , Setiausaha Wira Warisan Sabah juga Ketua Wira Warisan Semporna menyarankan kepada seluruh anak-anak muda Sabah agar tidak mudah terperdaya dengan kandungan maklumat yang tidak sahih di media sosial . Contoh jelas yang mana kerajaan Negeri Sabah dibawah pimpinan Parti Warisan Sabah telah memberi bantuan yang terbaik untuk rakyat Sabah. Contoh link dibawah.

Seramai 122 Pelajar Tajaan Yayasan Sabah Pulang Ke Pangkuan Keluarga

Penerima Bantuan Tinggal Dipelusuk Kampung & Daerah Terpencil Akan Terus Dijejaki

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/03/669635/sabah-agih-bantuan-khas-rm500

Pihak yang tidak bertanggungjawab juga turut tidak ketinggalan dengan mengeluarkan bermacam-macam cara seperti hasutan dan memutar-belitkan cerita.

Penghinaan dalam facebook

“Selaku anak muda, kita kena bijak menilai dan mengkaji sesuatu fakta mahupun maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian agar dapat memastikan kesahihan. Amalkan konsep kawalan kendiri bagi mengelak penyalahgunaan media sosial agar dapat mengatasi penyebaran berita atau maklumat palsu. Gunakan kebijaksanaan anda ketika menggunakan telefon pintar” Katanya juga.

Dalam masa yang sama, beliau turut membuat lawatan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.