LUPUSKAN FAEDAH PINJAMAN SEPANJANG MORATORIUM .

Diawal pengumuman Moratorium yang diperkenalkan Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 membuatkan seluruh rakyat Malaysia lega dan dapat mengurangkan bebanan kewangan mereka seketika dalam melalui fasa PKP.

Ada yang mampu menguruskan pembayaran rumah Sewa yang tertunggak, ada juga yang mampu menyimpan sedikit wang dalam tempoh 6 bulan moratorium yang dilaksana oleh pihak bank.

Sebaliknya Moratorium yang dinyatakan dahulu telah bertukar peraturan dimana pihak bank akan mengenakan faedah kepada semua peminjam sepanjang tempoh moratorium dilaksanakan.

Terence Au juga Naib Ketua Wira Warisan Sabah menyatakan bahawa, langkah Bank mahupun institusi kewangan ini tidak bersesuaian. “Saya bukan membantah pihak institusi kewangan mahupun bank- bank menyatakan tentang pembayaran faedah, akan tetapi, ia telahpun dipersetujui dari awalnya dimana peminjam / sewa beli tidak perlu bayar selama 6 bulan (April-September 2020). Bila mana keputusan telah dibuat, laksanakan terus. Usah membuat keputusan secara berubah-ubah”.

Terence Au , Naib Ketua Wira Pusat

Mengulas kenyataan Mohd Aizuddin Arrifin juga Timbalan Ketua AMK Kedah melalui Sinar Harian, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan harus melihat dari perspektif situasi luar Kawalan yang membolehkan faedah dikecualikan kepada peminjam. Mengenakan faedah pada keadaan yang tidak disangka adalah satu langkah yang tidak adil dan menzalimi peminjam. Beliau juga kesal dengan kenyataan Bank Negara Malaysia berkaitan institusi perbankan dalam proses pemformalan perjanjian dengan peminjam.

[Berita Malaysia App] Sinar Harian: Kecualikan faedah pinjaman elak bebankan rakyat: AMK
https://www.sinarharian.com.my/article/81548/BERITA/Nasional/Kecualikan-faedah-pinjaman-elak-bebankan-rakyat-AMK?ref=rss&format=simple&link=link

Pendapat saudara Mohd Aizuddin Arrifin memang benar, dan tidak dinafikan bahawa rakyat diluar sana juga sudah keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

“Saya sarankan agar pihak institusi kewangan hapuskan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman sepanjang tempoh 6 bulan moratorium” ujarnya juga.

#stayathome
#stayhappy
#don’tstress